Saturday, 5 April 2014

Shila Amzah Menang Tempat Ke Tiga I Am A Singer


Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam tadi. Ia disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel.






Juara musim kedua program itu disandang Han Lei dari China manakala naib juara jatuh kepada penyanyi Hong Kong, G.E.M.
Pada malam akhir, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Pada pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi hebat China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ yang pernah dipopularkan Whitney Houston dan Mariah Carey. Di atas persembahan itu, Shila menerima undian ketiga tertinggi dan mara ke pusingan kedua untuk aksi solo.

Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul ‘Mama’ nyanyian asal Exo-M.

Shila menyertai program realiti nyanyian paling popular di China itu bermula minggu ketujuh pertandingan pada 21 Februari lalu.

Pada minggu itu, Shila menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua, sekali gus meneruskan kemaraan ke minggu berikutnya.

Shila meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga).-hmetro

shahilaamzah

6 hours ago
I dont care about the result..whether i choose the right song or the wrong song..it is my choice..i feel proud to be on the final stage..You have no idea what IVE gone through..so just cut the crap and save it completely to yourself okay?:) so yeah,now lets have a good night... And i am definitely smiling while typing this..and gonna have the sweetest dream come true :) goodnight..cheers!



shahilaamzah
5 hours ago
And btw..i know whats the headlines gonna be like...:) Haha.. But then yeah..top 3 is good enough... It started really2 hard..the language..everything..bukan senang.. Please bangkit la org kita..usah lah phd and asyik tau complaint aja..we need to think one step ahed baru boleh maju ma..buka fikiran dgn lebih luas..dan kita boleh bersaing secara sihat :) yg terasa tu..er..pandai2 makan sendiri la..and btw,thanks to all my fellow minority malaysian tak kira malay cina india apa pun fansssssss...anywhere you are..and course my chinese fans...you guys are the best .. 谢谢大家!#shilalas


No comments:

Post a Comment