Tuesday, 8 April 2014

PEGAWAI IMIGRESEN Tunai Solat Jumaat Di Rumah Ghairah Dicekup


PUTRAJAYA: Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, empat anggota penguat kuasa Jabatan Imigresentermasuk seorang pegawai dicekup ketika berada dalam sebuah pusat urut dipenuhi ‘cewek’ Indonesia yang dipercayai turut menawarkankhidmat urut batin dan seks.

Ketika dicekup pada jam 2.15 petang Jumaat lalu, keempat-empatpenguat kuasa yang berusia 25 hingga 30 tahun itu memberi alasan memantau pendatang asing tanpa izin di premis berkenaan kira-kira 100 meter dari sebuah masjid di pusat bandar Klang.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop berkata, pihaknya meragui alasan itu kerana ketika ditahan, mereka dalam keadaan sedang ‘menanti sesuatu’ di ruang tamu premis berkenaan.

“Penguat kuasa terbabit ditahan dan diambil keterangan selepas pihak Jais curiga dengan kehadiran mereka di premis maksiat itu ketika umat Islam sedang mendirikan solat Jumaat dan premis itu pula hanya kira-kira 100 meter dari masjid,” katanya.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas orang awam melaporkan premis itu dipercayai menjadi tempat umat Islammelakukan kegiatan maksiat dan melampiaskan nafsu serakah terutama pada waktu solat Jumaat.

“Kita percaya mereka (penguat kuasa Jabatan Imigresen yang ditahan) menganggap anggota penguat kuasa Jais tidak melakukan serbuan untuk tempoh dua jam umat Islam mendirikan solat Jumaat.

“Namun, mereka silap kerana sepanjang waktu solat Jumaat penguat kuasa wanita Jais mengambil alih tugas memantau kegiatan premis terbabit sebelum penguat kuasa lelaki melakukan serbuan sejurus selesai solat Jumaat,” katanya.

Shahrom berkata, pihaknya tidak menerima alasan mereka memantau pendatang asing tanpa izin warga Indonesia di premis urut berkenaan memandangkan pemantauan itu dilakukan ketika umat Islam mendirikan solat Jumaat.

“Walaupun ketika serbuan mereka ada di ruang menunggu, apa yang sahih mereka tidak mendirikan solat Jumaatwalaupun masjid hanya kira-kira 100 meter dari premis maksiat itu.

“Kami tidak tahu sama ada empat lelaki itu sudah diberikan ‘khidmat’ oleh tukang urut warga Indonesia di premis urutitu atau sebaliknya,” katanya.

Shahrom berkata, keempat-empat penguat kuasa Jabatan Imigresen terbabit turut diminta hadir di ibu pejabat Jais di Shah Alam, semalam untuk diambil keterangan dan diberikan kaunseling.

Dalam serbuan sama, Shahrom berkata, pihaknya menahan seorang tukang urut wanita warga Indonesia yang sedang memberikan khidmat urut ‘ghairah’ tanpa pakaian kepada seorang pelanggan bukan Islam yang juga tidak berpakaian.

Beliau berkata, lapan lagi rakan cewek itu yang dipercayai tukang urut di premis sama juga diambil keterangan sebelum diberi kaunseling berkaitan kerja maksiat dilakukan itu.

“Siasatan mendapati, premis itu dilengkapi bilik khas untuk pelanggan diberikan khidmat urut ghairah selain beberapa lorong bagi memudahkan mereka melarikan diri jika diserbu pihak berkuasa.

“Kami percaya tukang urut wanita yang berbogel itu tidak mendapat maklumat daripada rakan lain menyebabkan dia tidak sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.

Shahrom berkata, warga Indonesia terbabit ditahan mengikut Seksyen 29 (1)(a)(b), Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan maksiat.

Menurutnya, Jais mengingatkan umat Islam di negeri itu supaya tidak menggunakan tempoh dua jam ketika umat Islam mendirikan solat Jumaat untuk melakukan maksiat dan kerja terkutuk kerana penguat kuasa Jais tetap melakukan pemantuan di premis yang dikenal pasti.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan maksiat supaya memberikan maklumat lengkap bagi membolehkan serbuan dilakukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment