Usianya baru mencecah 20 tahun,namun dia mendakwa ditiduri secara
rela oleh 30 lelaki yang dikenalinya dari facebook. hanya mahu dikenali
sebagai Qila. Remaja berasal dari selatan air itu mengaku pada mulanya
seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.
Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki
teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal
dalam diri. Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu
mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.
Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada
Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada
enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia
17 tahun. Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan
mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.
“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari
“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari
kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai
ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap
penyibuk mereka.
“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan
teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-
baru ini.
Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga,
Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga,
sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa.
Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan
bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus
hanyut.
“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan
saya tidak memberangsangkan.Namun saya masih tak ambil kisah kerana
teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.
“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat
melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal
dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.
Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman
Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman
lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki
lain pada hari sama.
“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang
yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki,selain melihat perubahan pada
wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.
“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak
mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah
di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak
kepada pekerja kilang ini.
Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan
terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak
dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah
rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.
“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu
mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang
kini menghidap ketumbuhan di rahim. -siakapkeli
No comments:
Post a Comment