Assalamualaikum & selamat pagi semua...
Hari ni saya terpanggil untuk membincangkn satu topik menarik yang dialami oleh semua orang. Tidak kiralah sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa, seorang yang berpelajaran atau tidak berpelajaran, lelaki atau perempuan, rata-rata tidak mampu mengelakkan diri dari melakukan perkara ni....termasuklah diri saya sendiri. Agak-agaknya perkara apa ye yang glamor sgt tu sampai hampir semua orang tak terkecuali ni.....dari kanak-kanak hinggalh dewasa pulak tu......jom bersama-sama saya untuk dirungkaikan persoalan ni..
Cuba anda renungkn sejenak, pernahkah hati anda disakiti? Pernahkah anda ditengking, dimaki, dicerca, dikutuk dll oleh seseorang? Atau pernahkah anda sendiri menengking, memaki, mengutuk, membelasah, membuli seseorang? Tentu sekali jawapan nya...."ya, saya pernah buat macam tu.....". Atau "ya, saya pernah mangalaminya...". Fikirkan sejenak....sajak dari kecil hingga sekarang ni, dah berapa ramai individu yang berbuat demikian kepada anda dan dah berapa ramai pula yang dah menjadi mangsa anda? Tujuan saya mengutarakan persoalan ni, bukanlah untuk mengaibkan atau menyalahkan sesiapa tapi untuk direnungkan bersama & muhasabah diri sendiri termasuklah diri saya yang manulis ni....
Baik lah, let straight to the point.....apa yang nak saya kongsikan di sini ialah tentang "bagaimana tercetusnya perasaan marah?, kenapa kita memarahi seseorang?, dan bagaimana caranya untuk membendung sikap marah? Pasti ramai yang ingin sekali mengetahui jawapan kepada persoalan persoalan tadi......kan?
Bagaimana tercetusnya MARAH?
Kita semua tahu bahawa MARAH adalah satu tindakan yang negatif dan tidak patut di amalkan kerana ia sudah pastinya akan mendatangkan lebih banyak masalah yang seterusnya akan membebankan kita kelak. Namun ianya sering berulang kali berlaku dalam hidup kita walaupun kita sedar akan kesannya.
Menurut seorang pakar psikologi, Roy Baumeister, berdasarkan kajian yang dilakukan, beliau percaya bahawa sifat marah dipengaruhi oleh ego seseorang. Ia tercetus apabila saraf kognitif kita dirangsang oleh keegoan diri yang tidak terkawal. Macam susah je nak faham......ok, cuba amati situasi berikut :
- Bila anda terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan makanan yang dipesan sedangkan mereka yang buat pesanan selepas anda dah dapat lebih awal dari anda.
- Bila anda terpaksa beratur panjang di kaunter bayaran sedangkan anda anak kepada seorang ternama....Tan Sri ke, Datuk Sri ke..apa-apa je lh..
- Bila jam tangan berjenama anda macam seiko, rado, rolex tu.... tidak sengaja dirosakksan oleh seseorang dan mereka pun tahu jam anda tu mahal harganya.
- Bila seseorang mempersoalkan/ menegur kebolehan/ ilmu/ kebijaksanaan anda dalam bidang kepakaran anda sendiri....agak-agak kalau terkena pada kita.....bleh terima tak teguran tu?
- Bila anda difitnah, dikianati oleh rakan baik anda sendiri dan anda dah banyak berkorban untuknya....ni kes berat ni....
So....boleh faham tak sekarang, bagaimana keegoan seseorang merangsang saraf kognitif? Atau senang cerita, macam mana sifat ego boleh mempengaruhi pemikiran / minda kita?
Menurut beliau lagi, semakin kuat kita memaksa minda kita untuk mengelak dari masalah, semakin bertambah pula sifat negatif dalam diri kita yang didorong oleh ego. Hmm....ni dah makin serius ni...anda setuju tak ngan dapatan ni? Bagi saya, sangat setuju! Kenapa? Cuba fikir sitausi ni......
Anda seorang guru cemerlang dan berjaya menghasilkan ramai pelajar cemerlang dalam subjek yang diajar. Tiba-tiba anda diminta oleh pengetua untuk mengajar kelas pemulihan dengan alasan anda seorang guru cemerlang jadi sudah tentu anda ada idea dan cara tersendiri untuk membimbing pelajar lemah supaya mereka lulus dengan baik dalam spm tahun ni. Anda tidak setuju dengan cadangan pengetua kerana anda selayaknya mengajar kelas pelajar yang rajin dan yang memang nak berjaya......bukannya mengajar kelas pelajar yang malas dan tiada hala tuju.....nati sia-sia saja anda bertungkus lumus tapi pelajarnya sama saja pencapaiannya.....buang masa, buang tenaga saja! Maka untuk mempertahankan kedudukan anda, anda akan berfikir macam mana caranya supaya pengetua membatalkan hasratnya itu.
Mungkin salah satu caranya, anda akan mengugut pengetua untuk letak jawatan, atau bertukar ke sekolah lain atau mungkin juga anda cuba mempengaruhi pengetua dengan memburuk-burukkan guru lain (guru yang diberi kepercayaan untuk mengambil alih kelas yang anda ajar selama ni). Bukan kah semakin membuak-buak sifat negatif dalam diri anda?
Fokusnya disini, kita tidak seharusnya lari atau mengelak dari masalah tapi sebaliknya kita perlu tangani masalah tersebut.....bukan menuding jari kepada orang lain. Bila kita gagal menyelesaikan masalah, maka kita akan hadapi tekanan / stress dalam hidup. Tentu sekali kita tidak ingin perkara seumpama ini berlaku pada keluarga kita, apa lagi pada diri sendiri.
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu akan puncanya terlebih dahulu....bukannya marah, marah dan terus marah dengan anggapan orang yang anda marah tu takut pada anda dan tak akan susahkan anda lagi dan ikut semua kehendak anda.......that is not right lah! So macam mana caranya?
Ikuti entri saya yang akan datang untuk mengetahui bagaimana membendung sikap marah ni.......tapi sebelum tu boleh tak kongsikan di blog ni.....adakah anda pernah dimarahi? Dan apa tindakan anda?
see you soon..
No comments:
Post a Comment