Monday, 21 April 2014

Widget popular post hitam dan merah

Sebelum ini admin pernah membuat artikel mengenai Cara pasang widget popular post  berwarna warni.Kali agak berbeza sedikit kerana ia berwarna hitam dan merah serta akan bergerak bila dilalukan mouse diatas nya.

Sunday, 20 April 2014

Gejala Sosial Wechat,Whassup Ibubapa Sila Pantau Anak Anda!!! [8 Gambar]


Mohon mak bapak pantau anak2 anda. Tengok operasi anak2 anda. We chatnya, wasapnya, fesbuknya, twitternya. Makin melampau2 dah. Jangan percaya walaupun 10% pada anak2 zaman sekarang. Ni sampai dah tahap cium mulut, pastu jadi cover photo memang dah melampau tahap maksimum dah ni. Tak tahu erti malu kan? Ok sekarang rasakan apa itu malu.



Apabila Malaysian jadi Pendatang Tanpa Izin [6 Gambar]

Tanpa disedari oleh banyak pihak yang orang kita pun ada juga yang menjadi pendatang haram di negara lain. Banyak pihak menyokong tindakan kerajaan apabila masalah pendatang asing secara sah dan haram semakin kritikal dan ada juga pihak mengambil kesempatan menghentam kerajaan dengan alasan tidak berperikemanusiaan.


Pelbagai usaha dilakukan termasuk membuat kempen, memberi ID khas kepada pendatang, memberi peluang kepada PATI untuk menjadi pendatang yang sah dan memudahkan proses pulang ke negara asal. Namun semua tu tidak dilayan. Kerajaan dah umumkan mana-mana PATI yang ditangkap, negara asal mereka akan menangung sebahagian kos penghantaran pulang. Tu dah kira baik sebab negara lain mengenakan kos penghantaran pulang ke atas PATI tu sendiri. Kita telah dibebankan dengan kos yang tinggi untuk mengurus PATI dan sewajarnya Kerajaan belajar dan menilai tindakan negara lain dalam mengatasi masalah PATI ini.


Australia diantara negara yang mempunyai masalah PATI lebih kritikal dari kita sehinggakan Kerajaan Australia terpaksa mengadakan kempen besar-besaran seperti mengunakan YouTube untuk memberi amaran kepada bakal-bakal PATI. Antara amaran yang diberi ialah akan diusir serta merta jika ditangkap di kawasan perairan negara itu, ugutan tiada siapa akan ambil kisah mengenai mereka jika ditahan, anda akan ditipu oleh penyeludup dan paling menarik ialah kos penghantaran pulang ditanggung sepenuhnya oleh PATI. Sedikit sebanyak amaran tersebut dapat mengurangkan PATI melalui jalan laut.


Mengenai rakyat Malaysia yang menjadi PATI disana. Kebanyakkan yang menjadi PATI disana kerana tinggal lebih dari tempoh masa. Jarang ada kes warga kita mengunakan jalan laut untuk masuk. Kebanyakkan mengunakan Visa melawat dan belajar. Sememangnya diakui gaji sana lebih tinggi dari Malaysia dan Singapore yang menyebabkan ramai Malaysian berhijrah ke sana. Walaupun Australia tegas dalam permohonan visa, masalah PATI tetap berlaku jika dibandingkan dengan Malaysia yang baru memansuhkan Visa On Arrival (VOA) pada 1 Januari 2014 akibat penyalahgunaan VOA. Namun VOA hanya diberikan kepada China dan India dengan syarat memasuki negara dari Singapore atau Thailand.


Jangan kita hanya bising orang luar datang berkerja di negara kita tanpa memikir orang kita pergi kerja di negara lain. Jangan fikir orang kita hanya berkerja di negara orang kerana jawatan tinggi tetapi ada orang kita bekerja sebagai pekerja ladang, perlombongan, keselamatan, kedai runcit dan kerja-kerja yang sememangnya ada di Malaysia. Kalau student, aku tak pelik sebab aku sendiri pun kerja part time dulu masa study dulu. Gila mana cukup scholarship nak hidup kat sana.

Ramai yang katakan Malaysian memilih kerja. Ya aku setuju dengan kenyataan tu tapi kebanyakkan kerja yang ada tidak setimpal dengan gaji. Di luar negara, jika kerja tersebut tidak ramai orang sanggup melakukannya akan ditawarkan dengan kadar yang agak tinggi untuk bidang tersebut berbanding disini yang mana semakin orang tak nak buat semakin rendah gaji. Akhirnya diisi oleh pendatang. Macam tu juga berlaku di luar negara, dimana pekerjaan yang local tidak berminat diisi oleh orang kita. Cuma bayarannya agak tinggi jika dibandingkan dengan bayaran disini. Jangan cakap currency dieorang lagi tinggi. Tapi nilai bayaran.


Jika disini pekerja ladang diberi RM20 sehari, diluar lebih kurang USD30-40 sehari. Jangan pegang pada nilai matawang tapi pegang pada nilai bayaran. Bila ditanya kenapa Bangla dan Indon tak pergi saja ke sana kalau sana lebih mahal tapi datang ke Malaysia. Tak ramai ke sana disebabkan kos kewangan dan masalah berkomunikasi. Sekurang-kurangnya ramai Malaysian tahu basic berbahasa English walaupun berterabur. So adakah orang kita buat kerja tak berkualiti yang menyebabkan gaji rendah atau orang kita memilih kerja atau tak nak kerja tu sebab gaji rendah atau tokey-tokey yang nak untung lebih dengan beri gaji rendah? Aku tak minta gaji dieorg tu tinggi tetapi biarlah setimpal dengan hasil dan keadaan kerja.

Jangan terkejut kalau korang terdengar “Mana laki kau?”... “Laki aku ada di Australia kerja di kandang kuda, gaji lebih dari gaji dia sebagai kerani kat sini”

[ Hot ] 4 Gambar ribuan saksi Pertunjukan Fesyen PAKAIAN DALAM Di MidValley, Wajarkah ?


Satu pertunjukan fesyen pakaian dalam berlangsung di pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, MidValley Megamall.
Ia dianjurkan sebuah syarikat pakaian dalaman wanita,tema pertunjukan itu adalah ‘A Night In Gotham’.
Penganjur menganjurkan pertunjukan fesyen ‘separuh bogel’ secara terbuka itu bagi kami benar-benar memalukan, apatah lagi di tempat seperti di MidValley di mana ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk membeli-belah dan bersantai.






Bukan hanya pengunjung beragama Islam, pengunjung bukan Islam pun majoritinya pasti MALU dengan apa yang berlaku.
Para model yang berada di atas pentas peragaan dengan tidak segan silu bukan saja menonjolkan pakaian dalam yang memberahikan, tetapi pada masa yang sama menonjolkan susuk tubuh mereka yang menggiurkan itu di depan ribuan pengunjung tak mengira tua muda, remaja atau pun bawah umur .
Betul, namapun pakaian dalam takkan nak tunjuk modelnya berbaju batik tetapi persoalannya – WAJARKAH IA DILAKUKAN DI TEMPAT TERBUKA SEBEGITU ? ini hanya lah pendapat jadi fikir-fikir lah.

Kejam! Bapa Durjana Meliwat Bayi 23 Hari



Apakah dosa seorang bayi sehingga diliwat?
Kejam! Bapa Durjana Meliwat Bayi 23 Hari | Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu. Memang sangat kejam. Seorang bapa yang durjana sanggup meliwat bayi lelakinya yang berumur 23 hari tanpa rasa bersalah. Patut kena sula je lelaki yang kejam macam ni. Binatang pun tak macam ni. Ni la yang terjadi bila nafsu menguasai kepala. Kalau dah tak tahan tu, pi la puasa. Kan Nabi SAW mengajar umatnya supaya berpuasa supaya dapat kekang nafsu. Jap-jap, tapi dia tak cakap pula agama apa lelaki ni kan? Perincian berita lelaki meliwat bayi lelaki yang berusia 23 hari ada di bawah. P/S: Islam itu cara hidup dan orang yang menganut agama Islam dan beramal dengan cara hidup Islam tidak akan melakukan jenayah dan perbuatan terkutuk seperti meliwat bayi umur 23 hari!

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudianmendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. - Gambar hiasan

Saturday, 19 April 2014

KERJA BODOH APAKAH INI???


Apa la ke BODOH sangat Si Raja Bomoh Sewel ni ye. Kot ye pun dia nak membuktikan bahawa diri dia BODOH, jangan la sampai tahap nak ditayang ke seluruh dunia.

Dah la sebelum ini pun dia dah memalukan Negara dengan aksi BODOH kat KLIA sambil diperhatikan oleh wartawan antarabangsa. Lepas tu, ada hati pulak dia nak tampar orang.

Kononnya, dia nak tunjuk la yang diri dia tu hebat sampai boleh tampar orang sesuka hati. Tapi sampai hari ni, tak de pulak gambar dia tampar orang tu tersebar di internet.

Kot kalau setakat cakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je buat gempar tak tentu arah macam tu. Penyudahnya dia malukan diri dia sendiri je.

Sekarang, dia sekali lagi memBODOHkan diri dia ditepi jalan, tempat dimana Si Karpal tu mati dalam kemalangan baru - baru ni. Apa kejadahnya yang dia nak buat?

Dia nak jampi kawasan tu supaya ianya tidak mengundang maut kepada pengguna lain ke? Atau dia sekadar nak curi tumpuan orang ramai dengan cara memBODOHkan diri sendiri?

Sudah - sudah la buat kerja BANGANG ni. Orang kat Malaysia ni pun dah meluat tengok kerja BANGANG yang dibuat oleh Si Raja Bomoh Sewel ni. Cukup la Malaysia ada sorang manusia GILA yang nak jadi Perdana Menteri tu. Tak payah la nak ditambah lagi!!!

Friday, 18 April 2014

19 April 2014 : Bas Ekspres Kemalangan Di KM111 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Menghala Ke Kuala Lumpur

19 April 2014 : Bas Ekspres Kemalangan Di KM111 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Menghala Ke Kuala Lumpur | Keadaan bas ekspres dan sebahagian mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM111 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur. Menurut penumpang, bas dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu berpusing sekurang-kurangnya tiga kali. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga ini.




Sumber: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

10 FOTO ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013



1. Elfira Loy, 19

Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.

“Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja. Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja."

Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan membuang daki pada badan.

“Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya juga tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit sekadar nampak lembap setiap masa.

2. Izara Aishah, 21



Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur. Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.

“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan. Saya makan apa saja yang dihidangkan.”

Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010

3. Anzalna Nasir, 25



Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek.

Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa

4. Nur Fathia, 25



Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai ‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.

Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.

“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun, saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula jadi yang selamat."

“Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup."

“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta membasuh muka setiap hari.”

Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.

5. Neelofa, 24



Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.

Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.

6. Kilafairy, 19



Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis berusia 19 tahun ini bijak dalam penampilan.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.

7. Emma Maembong, 21



Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa mekap.

Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.

Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).

8. Tasha Shilla, 26



Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.

Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012

9. Nelydia Senrose, 19



Walaupun baru berusia 19 tahun, kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.

Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.

10. Wawa Zainal, 22


Berstatus isteri dan ibu juga tidak menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.

“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali.”

Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari. Mengakui dia turut menitikberat­kan penjagaan makanan yang baik dan berkhasiat.

KEKOSONGAN JAWATAN PELUKIS PELAN BANGUNAN DI KUALA TERENGGANU




- 1 kekosongan jawatan pelukis pelan bangunan
- Fresh graduate @ berpegalaman 1-3 tahun
- Boleh bekerja lebih masa jika diperlukan
- Bekerja dibawah pengawasan yang minimum
- Keutamaan kpd mereka yg mahir menggunakan AutoCad & Photoshop

Pejabat AF IDAMAN BINA
Berminat sila email resume beserta gambar dan no. tel utk kami hubungi anda ke : mizie2009@yahoo.com.my

Thursday, 17 April 2014

10 Sektor Pekerjaan Bayar Gaji Paling Tinggi Di MALAYSIA


Gaji adalah faktor terpenting yang perlu dipertimbangkan sewaktu memohon pekerjaan. Baru-baru ini, Jobstreet.com telah melakukan suatu kajian dan menyenaraikan 10 sektor yang mendapat bayaran gaji tertinggi mengikut peringkat pekerjaan.

Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pekerjaan dalam senarai 10 teratas cenderung kepada bidang teknikal atau berasaskan sains . Calon-calon di peringkat eksekutif dengan pengkhususan dalam bidang Perubatan, Kejuruteraan, Kewangan dan IT umumnya memperoleh di atas gaji purata sebanyak RM 2,800. Bagi peringkat pengurusan dan ke atas, pengkhususan seperti IT, Sains, dan Kejuruteraan mendapat bayaran gaji yang lebih tinggi.

Graduan Baru Bekerja ( Fresh Graduates)

1. Farmasi (RM 3 640)

2. Strategi Korporat ( RM 3 200)

3. Jualan- Perkhidmatan Kewangan ( RM 3 054)

4. Doktor (RM 2 719)

5. Jualan – Kejuruteraan / IT ( RM 2 612 )

6. Geofizik ( RM 2 600)

7. Penerbangan ( RM 2 533)

8. Sains Aktuari (RM 2 475 )

9. Jualan -Korporat ( RM 2 456)

10. IT- Perisian (RM 2 452)

Eksekutif Junior

1. Doktor (RM 3 899)

2. Proses Reka dan Kawalan (RM 3 898 )

3. Strategi Korporat (RM 3 800)

4. Jualan- Perkhidmatan Kewangan (RM 3 729)

5. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 3 606)

6 . Kewangan- Kewangan Korporat (RM 3500)

7. Farmasi (RM 3 470)

8. Penerbangan ( RM 3 475)

9. IT- Perisian ( RM 3 398)

10. Perundangan (RM 3 396)

Eksekutif Senior

1. Geofizik (RM 7514)

2. Doktor (RM 6903)

3. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 6353)

4. IT- Perisian (RM 5269)

5. Proses Reka dan Kawalan (RM 5086)

6. Latihan dan Pembangunan (RM 4964)

7. Farmasi (RM 4935)

8. Kejeruteraan – Elektronik (RM 4928)

9. Kejuruteraan – Mekanikal ( RM 4745)

10. Audit / Cukai (RM 4721)

Pengurus (Managers)

1. Doktor (RM 9530)

2. Kejuruteraan -Minyak dan Gas (RM 9 462)

3. Penerbangan (RM 9 406)

4. Audit / Cukai (RM 9226)

5. Perbankan / Perkhidmatan Kewangan (RM 9100)

6. Geofizik (RM 8 938)

7. Penerbitan / Percetakan ( RM 8 650)

8. Kejuruteraan – Kimia (RM 8 545)

9. Kejuruteraan -Elektronik (RM 8 146)

10. IT-Perisian ( RM 8 112)

Pengurus Senior (Senior Managers)

1. IT -Perkakasan (RM 18 100)

2. Kawalan Kualiti / Jaminan (RM 17 768)

3. Geofizik ( RM 17 768)

4. Hartanah (RM 16 917)

5. Kejuruteraan -Elektrik (RM 16 503)

6. Penerbitan/ Percetakan (RM 16 500)

7. Strategi Korporat ( RM 15 606)

8. Kejuruteraan – Minyak dan Gas ( RM 15 307)

9. Jualan -Korporat ( RM 14 815)

10. Kejuruteraan Awam (RM 14 768)

* Senarai adalah berdasarkan gaji diberikan oleh majikan kepada JobStreet.com dari 1 Januari – 31 Ogos 2013.

* Keputusan kajian diterbitkan pada 15 Januari 2014

Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk Para Setiausaha Di Atas Pentas


Saat pelawak Kuah Jenhan selaku hos menyebut nama “Afgan…!!!”, seluruh dewan terus gamat dengan sorakan penonton. Inikan pula, apabila penyanyi kegilaan ramai ini muncul di depan mata. Lantaran membuatkan para peminatnya jadi tidak keruan.
Bahkan saat dia mempersembahkan lagu-lagu hitsnya, para peminat tidak melepaskan peluang naik ke pentas untuk berselfie bersamanya.
Dan satu momen yang berjaya mencuri perhatian sekalian penonton ialah di ketika jejaka kelahiran Jakarta, Indonesia ini mendendangkan lagu Jodoh Pasti Bertemu tanpa disangka meluru seorang peminat naik ke pentas lalu mencium pipitnya. Dan penyanyi berlesung pipit ini tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya.


Itu yang terjadi kepada empunya nama sebenar Afgan Syahreza sewaktu membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha 2014 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Kegilaan peminat terhadap Afgan tidak terhenti setakat itu. Meneruskan nyanyian dengan lagu rancak, Panas Asmara, Afgan mengambil peluang mendekati peminat-peminatnya. Namun belum sempat dia melawat dari satu meja ke satu meja, peminat lebih dulu mengerumuninya.
Meskipun persembahan kali ini memberi peluang secara eksklusif kepada peminat mendekati diri penyanyi ini, tetapi berdasarkan pemerhatian penulis, persembahan Afgan hanyala biasa-biasa sahaja. Interaksinya dengan peminat juga kurang.
Menerusi persembahan lebih kurang 1 setengah jam, lagu lain yang turut didendagkan seperti Pesan Cinta, Bawalah Cinta dan Terima Kasih Cinta.
Terdahulu ditampilkan penyanyi jazz yang tidak asing lagi, Noryn Aziz yang membuat persembahan pembukaan. Pujian buat Noryn kerana meskipun sedang hamil 4 bulan namun tidak menghalang beliau memperdengarkan vokal dan persembaan yang mantap menerusi lagu seperti ‘Natural Woman’, medley ‘Rolling in the Deep’ dan ‘Set Fire to the Rain’, ‘Tinta Puti’h, ‘Cinta Sejati’ serta medley ‘Happy dan You to Me Are Everything’.
Persembahan bersempena Minggu Setiausaha 2014 itu juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah buat para hadirin dan acara tamat pada kira-kira jam 11.15 malam. (rtky/fr)